Saturday 5 May 2012

BAB 10 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN




Pengertian Iman
  • iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
  • membentuk keperibadian Muslim sejati
  • berani tegakkan kebenaran
  • sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
  • pencetus semangat jihad
Perkara Yang Membatalkan Iman
  1. syirik
  2. kufur
  3. riddah
  4. khurafat
  5. sihir
  6. nifak

Syirik
syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah
Bahagian syirik
  1. Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala dan sebagainya
  2. Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

Kufur
  • kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. orang yang melakukannya adalah kafir
Bahagian Kufur
  1. Kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa
  2. Kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya
Faktor Kufur
  • pegangan agama lemah
  • terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
  • terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
  • kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

Riddah
  • riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
  1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
  2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
  3. perbuatan: menganut agama selain Islam
Faktor Riddah:
  • lemah pegangan agama
  • jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
  • terpengaruh dengan tawaran kebendaan
  • tidak bimbingan memahami Islam
Kesan Riddah
  • perkahwinan terbatal
  • haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  • menjadi penghuni neraka selama-lamanya
Cara Menangani Orang Murtad
  • memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
  • memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  • melaksanakan hukum hudud (bunuh)
Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
  • memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
  • menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
  • menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

Khurafat
  • khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  • mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  • membuang anjak bagi menghalau hantu
  • mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  • mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
  • iman kurang matap terhadap Allah
  • terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  • ambil langkah mudah cepat kaya
  • wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
  • menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  • mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  • memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  • mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
Kesan Buruk Khurafat
  • menyebabkan syirik dan  terbatal iman
  • membazir masa, tenaga, harta
  • masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  • menyekat akal berfikir logik dan sistematik


Sihir
  • sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
Akibat Sihir
  • merosakkan akidah dan membatalkan iman
  • memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  • pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  • membazir wang, masa, tenaga

Nifak
  • nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
  1. bercakap bohong
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. mungkir janji
  4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
  • menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  • melemahkan perpaduan masyarakat
  • menghancurkan kekuatan umat Islam
  • menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

8 comments:

Unknown said...

terima kasih sebab sudi membuat nota utk memudahkan pelajar.

Unknown said...

AWESOME ! Good webpage for student . Keep it up guys !

Tg Alif said...

Terima kasih , hanya Allah yang dapat membalas jasa saudari

Nur Syakirah said...

terima kasih💓

Unknown said...

Tq sbb buat nota ni��

Nu_fiyah said...

Terima kasih sgt2 membantu

Unknown said...

Saya mintak share ye ilmu ni, jzkk😍

Yann said...

Sngat” mmbantu and d fhmi📝🔍

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates